11:56 PM

Hamba Tuhan Yang Indah ...

Waktu Hati Ingin berbicara,

Ada sahaja yang menerka,

Lantas Tuhan mengizinkannya.


Waktu harta terkedu - kedu ,

Si dia mendabik dada,

Berbangga akan kekuatan miliknya,

Ada sahaja yang menggangu nyawa,

lantas Tuhan mengutusnya.


Sehingga kini ada Hati yang terasa,

Namun tidak mampu berbuat apa,

kerana telah dewasa,

Walau sejuta titisan airmata darah sekalipun,

Tetap tidak boleh merubah Neraka kepada Syurga.


Insan telah melakar Bara dunia pada Jiwa,

Tidak lansung rasa jijik akan kewujudannya,

Malah terus berusaha menuding jari,

atas kekurangan ciptaanya sendiri,


Aku ingin sekali merosakkan diri aku,

Supaya aku sedar bahawa mereka tidak mempengaruhi aku,

Aku jijik dengan mereka,

Mereka merosakkan Iman manusia,

kerana mereka sebahagian dari Syaitan Yang Hina...


Aku Cukup Chantik Untuk mereka,

Aku tidak akan memafkan mereka,

Sampai bila - bila...

0 comments: