Seketika dahulu,
Aku diberi nikmat jiwa yang begitu indah,
Aku masih mencari danau,
Danau untuk melempiaskan hawa yang kegersangan.
Sekali aku jatuh,
Kesakitan yang amat jitu menerkaku,
Lantas aku akur pada keresahan diri,
Aku kembali seperti dahulu,
Indah tanpa jiwa,
Segar tanpa rasa,
Kecewa tiada bermakna.
Kali ini aku jua hanyut,
Tetapi aku sangat bahagia,
Kerana aku hanyut dalam dakapan jerlus,
Yang menyerap semua keringatku,
Hanya yang tinggal satu harapan,
Ianya jauh lebih baik dari ketika dahulu,
Dimana tenggelam dalam danau…
Mungkin dengan harapan…
Aku akan terus gagah mendaki lurah,
Aku akan terus megah terbang di awan,
Mencari siapa aku tanpa kalian,
Siapa aku tanpaNya.

