10:49 PM


Satay kg Tanjung Sengkawang.

1:35 AM

Masih Kosong tapi aku kini bahagia ....

Kosong ~~ Kosong ~~

itulah yang aku alami saat ini,
tapi kali ini aku bersyukur,
walau kosong tapi aku tetap bahagia,
aman sentosa ... tidak seperti sebelum ini,
mungkin Tuhan memberi aku peluang menghirup udara cintaNya,
Bernafas hanya pada sebuah air cinta yang mengalir deras di lembayung hajatNya.

Alhamdullillah....
Allah s.w.t memahami apa yang aku rasa,
aku kini telah temui hati yang menyerupai apa yang ku cari,
kini ku terasa dihargai, dihormati, disayangi.
Mungkin ini juga dugaan bagi aku,
agar aku tidak sesekali lupa akanNya.

Aku sendiri tidak tahu apa percaturanNya kelak,
hanya satu pintaku, Apapun terjadi janganlah sesekali aku terpisah dariNya,
Dialah yang mengetahui siapa aku yang sebenarnya,
aku ikhlas dan redha apapun yang aku telah terima setakat ini,
mudah mudahan aku terus ikhlas terima yang akan datang,
Amin......

2:23 AM

Izz KhairulNizam / Izara Aishah


Menarik kalau ada yang mencinta,
menangkis sebuah kata kata,
meleraikan sebuah noda,
tetapi adakah ianya selamanya.

Hari ini mata melihat mampan kehidupan,
jantung berdegup melalui anggap kebenaran,
ianya benar haluan,
semoga ia terus menjadi pilihan.

Izara Aishah,
nama yang cukup gah,
mengukir nama bagai tiada noktah,
Izz KhairulNizam,
Masih mencari kehidupan yang palsu,
mencari sinar tanpa tahu melangkah,
adakah benar apa yang dicongak,
atau hanya satu kemalasan hati.