7:40 PM

Terima Qaseh Allah


kalau dahulu aku sering tertanya,
mengapa aku tidak ketemu insan yang seprti yang aku mahu.
Kalau dahulu aku sering terluka,
Bagaimana mereka memperlakukan aku.
Kalau dahulu aku sering Hampa,
Haruskah aku laluinya???


Tetapi kini,
Dengan hadirnya Adik Baru dalam Hidupku,
aku rasa seolah - olah dia melengkapi doa aku terdahulu,
Dia adalah insan seperti yang aku mahu,
Tidak negatif, tidak ego, tidak Sarcastik...

Aku bersyukur kehadratNya,
walaupun aku telah berada diluar paksi pelajaranku,
aku kini telah temui insan yang cukup indah

Mudah - mudahan aku tidak melukai Adik ku yang seorang ini...
U.A sentiasa jadi yang terbaik sebagai Adikku ,
Terima Qaseh ALLAH...

3:00 PM

Bara untuk Juwita ...

Memperakui ada yang menilai,
merasai ada yang mengilai,
mempercayai ada yang terkulai,
Namun aku masih bercerai,
Andai Tautan semerdu suara cerpelai ...

Bara itu satu ancaman,
buat sang Juwita,
yang indah dari sudut hampa,
yang rebah dari sudut Gembira,
Namun tahniah bagi Juwita,
kerana dia satu dalam sejuta.

Bara,
Dimana aku terpaksa mengenggamnya,
Dimana aku terpaksa merasainya,
Sedangkan yang aku alami,
tidak seindah biasa....


Aku tetap rela,
aku percaya,
aku layak untuk sesuatu yang lebih kukuh dari apa yang aku ada ...
kerana Akulah Seri Juwita ...


Megah pada rupa,
Indah pada hati,
Gagah pada Jiwa,

Walaupun aku menerima segumpal Bara,
di atas kejelitaan yang aku miliki,
Aku yakin,
Bara untuk aku itu,
Adalah bara yang unik,
Hadirnya pabila aku alpa dengan permata dunia,
Kemudian aku terus jatuh menggenggam Bara...

Itulah Bara untuk aku,
BARA UNTUN JUWITA ...
Izz KhairulNizam

4:09 PM

Begitu Jelita ...

Sekali Kaki melangkah,
Adakah ianya pasrah?
Sekali raga menyerah,
Bilakah masa merelakannya?

Jika dia memilih aku,
mengapa yang lain perlu hampa,
lantas menyapa aku dengan rasa hina.
Akhirnya aku jua yang menjadi mangsa...

Mereka dengan mudah menyalahkan masa...
Mereka dengan angkuh mendabik dada,
Mereka terus menyalahkan jiwa,
Aku yang masih sengsara.

Kini ,
aku bangga aku tiada disisi mereka ...
Tetapi Dia hadir kembali,
hati aku tertanya2, adakah ini satu hasutan yang akan merosakkan aku,
seperti apa yang mereka telah lakukan kepada aku dahulu...

Aku,
Kini lebih keras,
lebih bebas,
aku tidak perlukan simpati manusia durjana,
yang akan berakhir juga dengan kekecewaan ...

Hanya satu Pinta Ku ....
Jangan dekati aku,
atau memang kamu yang jijik lagi kotor...


Dari yang Begitu Jelita :
Izz KhairulNizam ( Seman )

7:35 PM

Tiada Sempadan


8.8.2011 : sekali lagi aku di uji.
Aku percaya, setiap apa yang aku lalui
aku berada di jalanNya...
walaupun aku tidak mampu melihat sempadanNya.
Aku tetap percaya akan Cinta ...
Jelas sekali aku hampir terpesona dengan noda.
Tetapi aku juga masih dibantuNya ...


Aku Ingin hidup bebas, bahagia tanpa noda
Andai aku masih melihat
pasti aku tertambat
Andai aku jatuh tergeliat
pasti ianya pahit yang amat ...
Aku sekali lagi rindu akan siapa aku ...




Hari kelapan Ramadhan 1432 H
aku mengharungi lembaran dengan cabaran
Aku redha ... jika ini penghapus Noda ku.
Aku redha jika ini yang membantuku Ke SyurgaMu ...
Amin.


Aku berjalan kaki selama 40 minit ...
Dari taman Aman hingga ke KDARY
Aku jalan dari BIMB hingga ke Perhentian bas keluang
tetapi aku lansung tidak merasa penat mahupun letih ...
Inilah kuasa Allah S.W.T
Sepanjang perjalanan itu, aku berasa cukup nikmat ...
Tubuhku segar, mindaku terbuka luas ...
Aku sangat beruntung kerana Aku yang terpilih...
Moga Diampunkan Dosa- dosaku ...
Juga semua umat Islam yang lain....
Amin.