8.8.2011 : sekali lagi aku di uji.
Aku percaya, setiap apa yang aku lalui
aku berada di jalanNya...
walaupun aku tidak mampu melihat sempadanNya.
Aku tetap percaya akan Cinta ...
Jelas sekali aku hampir terpesona dengan noda.
Tetapi aku juga masih dibantuNya ...
Aku Ingin hidup bebas, bahagia tanpa noda
Andai aku masih melihat
pasti aku tertambat
Andai aku jatuh tergeliat
pasti ianya pahit yang amat ...
Aku sekali lagi rindu akan siapa aku ...
Hari kelapan Ramadhan 1432 H
aku mengharungi lembaran dengan cabaran
Aku redha ... jika ini penghapus Noda ku.
Aku redha jika ini yang membantuku Ke SyurgaMu ...
Amin.
Aku berjalan kaki selama 40 minit ...
Dari taman Aman hingga ke KDARY
Aku jalan dari BIMB hingga ke Perhentian bas keluang
tetapi aku lansung tidak merasa penat mahupun letih ...
Inilah kuasa Allah S.W.T
Sepanjang perjalanan itu, aku berasa cukup nikmat ...
Tubuhku segar, mindaku terbuka luas ...
Aku sangat beruntung kerana Aku yang terpilih...
Moga Diampunkan Dosa- dosaku ...
Juga semua umat Islam yang lain....
Amin.


0 comments:
Post a Comment