
Bulan Ramadhan banyak memberi hikmah pada aku
Bagaimana Allah S.W.T menasihatiku
Bagaimana aku gagal menjauhi nodaku
Bagaimana aku teguh menidakkan kehendakku
Dan bagaimana aku rapuh mengharungi niatku ...

Kisah Satu : Dalam Genggaman
Apabila kuasa melampaui cita cita
Apabila rela melebihi kata kata
Aku gagal merawat tubuh yang alpa
lantas ku biarkan hujan menjamah tubuhku
membasahi setiap kehausan tanaman jiwaku
Aku gagal dalam kehinaan ...

Kisah Dua : Terlekat Noda pada citra
Sekali lagi aku gagal
kali ini aku hanya mampu meratapinya
dengan sebuah kata kata
menuding jari pada harta yang seketika cuma
menangkis segala hakisan dunia
aku teguh dalam kegagalanku
Tetapi aku malu ...
Kisah Tiga : Kisah Biasa
Aku juga seperti insan yang lain
Aku juga rapuh, semua insan terluka andai mengenang masa lampau mereka
semua jiwa merana pabila ianya dipenuhi sikap hampa
aku percaya kali ini hati dan perasaanku sama seperti yang lain.
Hanya untuk kali ini ...
kerana selalunya aku berbeza ....
Kisah Empat : Hanya yang mengerti
Kali ini aku mengharungi Ramadhan yang hampa
penuh cabaran, dugaan sepanjang perjalanan
aku yang memulakan sebuah perlumbaan
tanpa aku sedari ianya Ramadhan
tetapi aku yang diungkai
mereka yang lemah longlai
Aku berlari gagah, mereka hampir rebah
Kali ini aku terus berpuasa ...
Mudahan mereka juga memaafkan aku ...

Untuk Yang kesekian kalinya
Ramadhan kembali dengan senyuman
kali ini aku menghadapinya dengan nyata
aku menghambakan sebahagian diriku dengan kerja
Aku harap Ramadhan kali ini aku lebi kuat dari yang sebelumnya...
AMIN.