1:40 AM

Kutip Pengalaman

Erm... Hari nie kan , banyak gambar dari kata2.
yang kat atas nie pic aku kat sebelah cermin fitting room baru.
" Orang kata bayangan dari cermin menceritakan kebenaran"
Betul ker???. hahaha...


Nie pulak waktu tengah masukkan item kat dalam kotak,
Banyak gaban, berat gaban, besar gaban, dan.... Penat Gaban...!!!
Aku tukang panjat dan masukkan dalam kotak...
Terkinja - kinja aku macam tuuutt ... ( x nk r cakap, malu saya...)


Haaah... Yang nie pas dah boley r katakan siap.
tapi tak semua r, Baru ley SchantiQ2...
Semua ada , Ok2 mari aku kenalkan,
Kita mula dari kanan korg tau ..!!
Miera, Ekin , Qimie , Zieda dan yang paling ehem2 .... Aku lah tue.

Haa... Yang nie plak kitorang g Tasik Putih Keluang,
Kat tangga dewan tunku Ibrahim Ismail.
Tgk De store wat sales, huhuhu...
dulu2 Pacific, yang nie Abg dy pulak wat sales.

sebenarnya ada lagi gambar waktu makan sebelum g tasik nie.
tapi nanti semak pulak banyak gambar ...
tgk r kat Fb.... Work at Cheetah.
Nie lah semua pengalaman yang aku kutip
sementara cuti sem yang panjang Gaban nie .

Dah lah, nanti2 je aku sambung lagi...
mana tau aku terbaca benda nie 10 tahun kemudian....
mesti aku tersipu2 malu kan... Toing.. toing..
hahaha... k ingat pesan sendiri...
Hanya yang ikhlas mampu teruskan hidup dengan indah ...




2:31 AM

Pasca Harta Dunia


Pabila kita dilahirkan didunia
kita telah disediakan dengan satu lampiran masa hadapan
Semua telah ditetapkan
Dari sekecil- kecil kejadian
Sehingga suatu yang tidak mampu kita bayangkan
Kecantikan, Harta , pendidikan dan pelbagai lagi.



Aku percaya semua pasti nyata suatu masa nanti
Setiap hamba diuji
setiap jiwa dibaiki
cuma hati yang melakar kehidupan yang hakiki
samaada ianya benak ataupun suci
Dahulunya seorang Gadis Kampung
kini dia adalah insan seni paling berjaya pada abad ini
Itulah dia Datuk Siti Nurhaliza
Pasti dia juga diuji
tetapi dia gagah lantas terus mencipta kejayaan


Sekurang - kurangnya aku juga mampu
namun andai aku tidak kecapinya didunia
aku redha, moga diakhirat kelak aku mencipta bahgia...
Amin Ya Robbalal ala min....

8:17 PM

Kaca Mata Chinta


Kaca mata itu amat indah pada permukaan
ceria pada reka hiasan
Chantiq memenuhi keperluan si pemakai
sehingga ada yang jatuh Cinta ...




Tetapi benarkah semua itu sebuah kebenaran???
berlindung di sebalik wajah
mengukir kepalsuan
semata - mata ingin kelihatan bergaya




Hakikatnya pabila Kaca Mata dibuka
hilanglah semua seri citra dunia
makin jernih nukilan harta yang nyata
sepasang mata yang menggambarkan sifat pemiliknya
cuma ianya bahagia ataupun sebaliknya
erm... indah jika ia telus dan nyata


Tetapi alangkah hinanya jika ia cuma satu kepalsuan dunia
hanya menutup kekotaran pada mata hati mereka
ianya terbongkar di akhir nyata
apa yang pasti ia akan mengundang nestapa
jua menjadi sebuah kejutan bagi mereka yang menyangka tiada kebenaranya
Percayalah ...!!!
Kaca Mata Chinta amat jujur pada Dunia.






3:31 AM

Diam melawan kata - kata

Alangkah Bahagianya
jika hidup ini penuh keceriaan
Hilai tawa tanpa dugaan
senyuman yang cukup indah
Bagaikan tiada titik noktah...


Tetapi walau bagaimana hebat pun kita di dunia
kita tetap aku dilukai
tetap akan dikasari


Rasullullah juga diduga
inikan pula aku : Izz KhairulNizam

bermula dari sebuah pandangan kotor
kejayaan iblis yang hina
ramai yang cuba menyakiti
pabila melihat insan lain hampa
begitu megah mengikut telunjuk iblis
yang konon2nye musuh mereka
tetapi jelas iblis kawan yang paling setia ...


Setiap insan berbeza
hanya Allah S.W.T yang tahu segala2nya
setiap ciptaanNYA indah ...
DiciptakanNya aku yang tidak suka berbicara
biarlah apa jua yang mereka lemparkan
aku tetap tidak bersuara

BAgi ku aku yakin akan kebenaran
Diam itu lebih baik dari berkata -kata
tetapi aku sering disalah ertikan
pabila bisikan tidak aku huraikan
mereka lantas mencipta kesimpulan
aku cukup kecewa ...


Aku yakin Allah S.W.T Maha Segala2 kebaikan
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa
Aku begitu sabar dengan apa yang aku terima
walau ia datang dr org yg aku percayai ....


Aku yang lebih suka memerhati dari jauh
lebih indah tanpa bicara noda
mudah - mudahan Allah S.W.T meredhai tindakan aku ini ....
Amin.




12:27 AM

Aku yang belum bersedia.



Hanya aku yang belum bersedia
Selama ini aku berharap,
menanti sinar cahaya citra
namun aku lupa, mungkin aku
belum bersedia menerimanya...


tetapi bahagia tetap ada dalam
kegusaran hati aku,
walau terlalu banyak titik hitam,
namun aku masih ada sinar jiwa

Aku sendiri tidak mengerti,
Apa, mengapa, bagaimana, siapa...
selalu menjadi tanda tanya dalam diri aku ...



Hari ini aku sedari,
mengapa aku begitu sukar setia pada kawan...

ini kerana aku tidak mencari kesetiaan ,
tapi aku melalui kehidupan....
Aku pasrah ...




2:38 AM

Siapa Aku ...




selalu ,
aku dilihat sebagai lubang yang hilang
aku diratah bagai kumbang yang gemilang

aku x tahu nk kongsi dengan siapa???
mengapa aku menjadi aku??
siapa aku?

Dari dahulu lagi aku tidak
menyangka
aku begini, aku nk tahu kenapa ...

tapi bagaimana aku nk cungkil semua rahsia itu?
siapa yang nk ajar aku?
tolonglah Ya Allah...

Sejak kebelakangan ini aku
selalu hilang nilai rasa...
aku tidak sedar aku siapa...



kenapa begitu
angkuh mereka??
aku rasa ada sesuatu
yang tidak selesai tentang diriku ...

ada kuasa dunia yang lain menyekat kehadiran aku,
menentang mereka??
benar mereka jijik, hina dan pengecut ...
tetapi mereka harus akui .... Allah jauh lebih hebat dr mereka...


Kepada mereka yang merasai permintaanku...
bantulah aku ...
aku amat meghargai kamu...

Iman aku kini senipis kulit bawang....
TOLONGLAH ...!!!