10:17 PM

Aku bermimpi lagi ... Tapi kini lebih dashat ...

Sejak kebelakangan ini  aku selalu bermimpi aku sedang berlari …
Tanpa arah tujuan , sehingga hairan menjenguk hati,
Aku berlari tanpa menghirau keringatku yang telah rapuh ditelan masa…
Ia terlalu nyata sehingga pabila bangun badan – badan ku terasa begitu letih dan lesu…
Sehinggalah suatu hari…
Aku bermimpi bertemu dengan Dajal – Dajal yang telah wujud dalam dunia pada masa kini …
Ianya begitu segar sehingga aku rasakan setiap sedutan udara dalam mimpiku …
Aku bertemu banyak Dajal…
Tetapi yang memeranjatkan Aku …
Ada 1 Dajal berkata – kata dalam bahasa yang aku sangat jelas dan faham …
Aku keliru melihat mereka, memang betul ada tanda satu mata tetapi ianya boleh hilang dan boleh ada tanpa mengira masa …
Sekali ku pandang ianya tak ubah seperti manusia biasa,
Tetapi jauh dalam sudut hatiku aku yakin dialah Dajal…
Sehingga aku sendiri melangkah bahawa benarlah dia Dajal …
Lalu aku telah melihat satu mata seperti yang dikhabarkan …

Sekali lagi aku bermimpi berlari tanpa arah ,
Tetapi kali ini aku berlari pantas…
Aku ingin melarikan diri dari Dajal…
Tetapi …
Dajal jugalah yang membantu aku melarikan diri …
Kemudian aku tersedar dari lamunan mimpi …

Sejak dari hari itu aku tidak bermimpi berlari lagi …
Harap ianya sekadar sebuah mimpi …

0 comments: